Archive for 2016
Perancangan Tahunan Bimbingan dan Kaunseling
By : Hazwani RahimAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya nak cakap saya sangat-sangat gembira sebab dapat buat benda ni. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni takda apa pun. Sebabnya dia tak kisah pun tapi sebagai bakal guru kaunseling, saya nak sangat-sangat share perancangan tahunan sebab dengan adanya benda ni, orang tak akan kata cikgu kaunseling takda kerja bila di sekolah lagi dah.
Percaya atau tak, dugaan guru kaunseling sangat besar kerana beberapa isu yang tak dapat nak dikongsikan. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa kita mendidik ni perlukan keikhlasan dan menerima tanpa syarat. Oleh sebab tu, saya nak share perancangan tahunan untuk bakal guru kaunselor. Selamat membaca :)
klik link dibawah untuk mendapat contoh yang full.
https://drive.google.com/file/d/0B25LprsLXezvOVV4dng5bkJOckE/view?usp=sharing
Pertama sekali saya nak cakap saya sangat-sangat gembira sebab dapat buat benda ni. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni takda apa pun. Sebabnya dia tak kisah pun tapi sebagai bakal guru kaunseling, saya nak sangat-sangat share perancangan tahunan sebab dengan adanya benda ni, orang tak akan kata cikgu kaunseling takda kerja bila di sekolah lagi dah.
Percaya atau tak, dugaan guru kaunseling sangat besar kerana beberapa isu yang tak dapat nak dikongsikan. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa kita mendidik ni perlukan keikhlasan dan menerima tanpa syarat. Oleh sebab tu, saya nak share perancangan tahunan untuk bakal guru kaunselor. Selamat membaca :)
klik link dibawah untuk mendapat contoh yang full.
https://drive.google.com/file/d/0B25LprsLXezvOVV4dng5bkJOckE/view?usp=sharing
Apa itu Kaunseling?
By : Hazwani Rahim- Apa itu Kaunseling?
- Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.
- Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-
- Pembangunan
- Pencegahan
- Pemulihan
OBJEKTIF Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
- Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
- Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
- Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
- Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
- Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
- Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
- Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
- Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
TEMPAT Sesi Dijalankan
Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.
CIRI Kaunselor
Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang:-
- Sedia mendengar semua persoalan anda.
- Menerima anda tanpa syarat.
- Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.
- Menghormati anda sebagai individu.
- Sedia berjumpa anda bila-bila masa.
BAGAIMANA Perkhidmatan ini Dijalankan
Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.
Kaunseling Individu : pertemuan anda dengan kaunselor anda
Kaunselor Kelompok : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.
Kaunseling Individu : pertemuan anda dengan kaunselor anda
Kaunselor Kelompok : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.
Contoh journal refleksi makmal kaunseling
By : Hazwani Rahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama rasanya tak update blog ni. Mungkin sebab agak busy jadi blog ni pun dah berhabuk. Untuk bakal kaunselor, kita mesti selalunya mengalami kerumitan untuk siapkan laporan atau refleksi selepas selesai makmal. Jadi disini saya nak share contoh refleksi.
CONTOH REFLEKSI
Tarikh :
12 Disember 2015
Tempat : Makmal Kaunseling
Sesi : 3
Isu Yang Dinyatakan
Dalam Sesi
Masalah komunikasi didalam kerja kumpulan dan lebih suka berkomunikasi dengan
individu. Kesian dengan rakan sekelas yang sering dibuli. Kurang senang dengan
individu yang suka mengarah tetapi tidak mahu menjalankan tugas. Agak tekanan
sebab sering ditanya mengenai cuti dan tugasan terlampau banyak. Tidak mampu
mengurus masa dengan baik. Sikap terbuka yang menyebabkan orang lain tidak
selesa. Salah faham dengan rakan sekelas kerana gurauan yang agak kasar.
Kemahiran Asas Yang
Digunakan
Kemahiran membina hubungan, penstrukturan, membuat interpretasi, kemahiran
berkomunikasi, mendengar, meneroka, dorongan minima, kemahiran menyoal,
mendapatkan penjelasan, merumus, kemahiran memberi maklumat, kemahiran
menamatan sesi.
Kemahiran Asas Yang
Tidak Digunakan Dan Perlu Digunakan Ketika Sesi Dijalankan
Kemahiran memimpin, kemahiran empati, membuat refleksi, membuat konfrontasi,
membuat parafrasa, pemfokusan, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran
mengenal pasti masalah dan menentukan matlamat.
Pengalaman Sebagai
Kaunselor/ Klien/ Pemerhati
Pengalaman sebagai klien pada peringkat awalnya agak kekok kerana saya
tidak pernah berjumpa dengan kaunselor. Saya merasa agak tidak selesa untuk
berkongsi masalah kerana berkaitan isu kerahsiaan. Semasa disekolah, kaunselor
disana berbeza dengan kaunselor disini. Perbezaan dalam aspek kepercayaan.
Kaunselor menerangkan tentang etika kerahsiaan kepada saya, dan saya mula
memahami tentang perkara tersebut. Oleh itu, saya mula berkongsi masalah atau
isu sebagai klien.
Penambahbaikan
Kaunselor perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran asas yang lebih
banyak. Kaunselor juga perlu mempunyai kemahiran memimpin supaya klien dapat
menentukan matlamat didalam sesi.
Kekuatan Kaunselor
Kaunselor merupakan seorang yang melakukan dorongan minima yang
maksimum. Dengan kemahiran tersebut, klien merasa bersemangat untuk berkongsi
cerita dan masalah yang dihadapinya. Kaunselor juga mampu menggalakkan klien
bercakap. Kaunselor tidak menghadapi kesenyapan didalam sesi.
Kelemahan Kaunselor
Kaunselor tidak mampu memimpin klien ke arah matlamat utama. Ditambah,
kaunselor juga tidak mampu fokus terhadap permasalahan utama klien dan membantu
klien celik akal serta menentukan matlamatnya.
Refleksi Diri
Dalam proses pembelajaran, masih terdapat banyak masalah didalam sesi.
Saya juga perlu menguasai kemahiran asas kaunseling supaya sesi dapat berjalan
dengan lancar. Segala kekurangan daripada diri saya sendiri perlu saya elakkan.
Hal ini kerana mungkin disebabkan segala kekurangan itu akan membantutkan sesi
saya. Sebagai bakal kaunselor, pengalaman saya sebagai klien mengajar saya
bahawa saya perlu bersabar menghadapi klien yang pelbagai ragam. Saya juga
tidak boleh memilih klien dan perlu menjalankan sesi tanpa mengira kaum, agama,
bangsa dan jantina. Saya juga perlu menanamkan sifat ketulenan dalam diri saya
supaya klien boleh mempercayainya dan sesi dapat dijalankan. Bakal kaunselor
perlu belajar dan berlatih supaya berjaya mencapai tahap kesempurnaan. Banyak
diantara individu diluar percaya bahawa kaunselor merupakan seorang insan yang
sempurna dan tidak pernah mempunyai masalah. Oleh itu, kaunselor perlu
mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang cukup dan membantu klien mencapai
matlamat yang diharapkannya didalam semi.
Saya berharap semoga perkongsian saya ini dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Kuala+Lumpur