Popular Post

Archive for March 2015

Power yang betul2 ada point! = POWERPOINT Microsoft Office 2007

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan salam malam jumaat!
Seperti biasa, selalunya kalau updated blog mesti sebab kena post assignment. #hehehe
Minggu ni aku kena buat powerpoint + presentation sekali! #OMG!!
Nasib baik harini dapat mula awal untuk siapkan assignment MTE ni. #stress sekejap.


Ramai orang tak tau kelebihan yang ada dekat powerpoint ni yang menyebabkan dia betul2 power!
Minggu ni tajuk yang bakal dipersembahkan adalah 

"INI KISAH SAYA"

Minima 10 pageeeeeee slide. #pergh! Thorbaik der!
Apa yang boleh dishare pasal kisah diri aku? 
Rasa macam tak menarik je, tapi walauapapun, Alhamdulillah aku siap dah!


So harini aku nak share info pasal apa yang ada dalam powerpoint yang sebelum ni aku sendiri pun tak tau.


STEP 1

Pastikan korang kenal dengan semua jenis slide yang ada dekat dalam powerpoint tu. Kalau aku punya ni guna powerpoint 2007. Tapi sekarang dah maju, ada 2010 la, 2013 la. So tgk la korang punya version yang mana.



STEP 2

Then korang boleh pilih themes yang ada dekat dalam powerpoint tu. Semakin latest version powerpoint korang, semakin banyak themes korang. 


STEP 3 

Untuk transitions pulak, korang boleh pilih yang jenis macam mana korang nak bila nak buat slide show. Macam2 jenis ada, Dr kecik ke besar, yang nampak lepas tu hilang, turun naik semua ada.



STEP 4

Contoh macam aku punya bawah ni, aku dah selesai pilih themes dan aku ubah background aku. Semua ada dekat themes tu. Korang just pilih themes then pergi dekat background style, lepastu klik dekat format background. Kat situ korang boleh ubah la apa2 yang nak diubah pasal background slide show korang.




STEP 5

Step yang ni pulak cara nak letak video. Yang belah atas tu cara nak masukkan video. Pastikan korang letak video jenis wmv. sebab video jenis ni je yang boleh play dengan mudah bila buat presentation guna powerpoint. Kalau video korang jenis lain, try la convert online dr apa2 jenis kepada wmv. Selalunya aku guna laman web yang NI. Mudah dan jimat masa. korang boleh la try.



Kalau yang ni pulak, cara2 nak ubah settings video. Macam mana korang nak dia di display or whatsoever la. Semuanya ada di hujung jari.



STEP 6

Okay, untuk last step ni. Aku nak ajar cara nak buat animations. Tak menarik la kalau slide show korang tepu je. Confirm orang lain boring gilaaa. So lebih baik kalau korang rajin sikit dgn letakkan animation yang bergerak2 tu. Tak kisah la dalam tulisan ke gambar ke. Jangan stress2 sebab orang yang buta seni macam aku ni pun mampu buat. So no worries and be happy!!




Selesai sudah 6 langkah mudah nak menarikkan powerpoint korang. Simple and easy. Tapi kalau newbie macam aku ni ambik 5-6 jam jugak nak siap. Sebab otak dah tepu, apa yg sir ajar masuk dan keluar sepantas kilat! hahahaha. Oklah, Selamat mencuba ye!

Ada rezeki aku post lagi. Terima Kasih Daun Keladi....
Assalammualaikum....




Cara memasukkan data menggunakan Excel 2007

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan Selamat Malam semua.
Harini aku nak share cara2 nak masukkan data markah ke kehadiran ke apa ke untuk memudahkan diri. Lagi senang guna Excel ni. 


Disebabkan zaman dah maju, ada je perubahan excel ni. Yang paling latest sekali Excel 2013. Tapi aku masih menggunakan lappy yang kuno, so aku masih gunakan Excel 2007. Old skoll lagi syok. #hehehehe


Disebabkan nak lengkapkan tugasan minggu ke-2 MTE 3012, malam ni kena bersengkang mata siapkan sebab due date dah dekat iaitu esok. #hahahaha suka buat last minit

Soalan yg harus dijawab : 

Pelajar dikehendaki menyediakan jadual bagi memasukkan
Markah Tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi
20 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI.
Dengan menggunakan kemahiran perisian lembaran kerja kira
1) 20% dari markah kuiz
2) 30% dari markah peperiksaan pertengahan tahun
3) 50% dari markah peperiksaan akhir tahun
4) jumlah markah keseluruhan dan
5) gred dengan menggunakan fungsi tertentu yang telah dipelajari.
6) membina graf bagi menunjukkan peratus pencapaian.
Pelajar dikehendaki mengira jumlah setiap skala gred dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Peratus setiap gred juga perlu diperolehi.

Meh nak share step2 mudah untuk masukkan data

Step 1

Mula2 double click dekat SHEET yang ada kat bawah sekali tu then rename sheet1 tu kepada apa2 nama yg sesuai.
#contohnya maklumat pelajar.

Kat excel tu ada column iaitu a,b,c and 1,2,3 tu lajur.

Masukkan dekat A1 - BIL, B1 - nama dan C1 - no kad pengenalan.



Step 2

Kalau masa masukkan no kad pengenalan tu ada masalah, contohnya dia bertukar jadi perpuluhan ke apa ke. Try cara kat bawah ni untuk hilangkan perpuluhan tu.



Step 3
  Then, untuk masukkan data kehadiran pelajar. Korang kena insert lajur diantara lajur 1 dengan 2. Cara nak insert, klik dekat lajur 2 tu then right klik kemudian tekan insert. Nanti dia akan jadi macam gambar kat bawah ni.


Step 4

 Tadaaaa... kemudian korang masukkan la apa2 yang patut. Contohnya macam gambar bawah ni. Ni contoh masukkan kehadiran pelajar.



Step 5

 Sheet seterusnya, untuk masukkan markah pulak. Mula2 korang kena copy data yang dah ada dalam sheet sebelum tu dengan masukkan "=" dalam kotak A1. Kemudia pergi dekat sheet sblm tu then klik dekat benda yang korang nak copy. Dia akan jadi macam gambar bawah ni.




Step 6


Step 7


Step 8


Step 9


Step 10


Step 11


Step 12


Step 13


Step 14



Step 15




Maafkan aku sebab huraian dalam step tak lengkap sbb dah kesuntukan masa ni. Time to sleep. Lepas ni boleh update lagi. Btw trimas sebab sudi menjengah datang ke blog hamba yang tak seberapa ni. Kesian roommate tunggu turn nak guna internet. Masa untuk pass dekat dia pulak.

Bye, Assalammualaikum dan selamat tidur semuanya... 
Ada rezeki, kita post lagi.

Try test sijil! + Tutorial cara buat sijil.

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan salam 1 pagi. #hahahaha mengundang je
Berbalik kepada tajuk post, Nak try test sijil ni, Salah 1 tugasan kena submit minggu ni daa...


sijil oh sijil.....

Saja nak menunjuk bakat baru, #hehehehe
Selama ni tak pernah ambik tau pun perihal sijil bagai ni. Tapi disebabkan aku kena settlekan tugasan, kena gagahkan diri buat jugak, #hahahaha ayat tak ikhlas langsung

Aku nak share cara2 buat sijil dengan menggunakan mail merge.

10 EASY STEP

1. Mula2 bukak words dulu, then start la menaip untuk apa2 info yang perlu ada dalam sijil tu. Macam contoh kat bawah ni.



2. Bila dah settle buat sijil tu, pergi dekat mailings then pilih mail merge.


3. Kemudian, pilih step by step mail merge yang bawah sekali dalam start mail merge tu.



4. selepas tu akan keluar step2 nak buat. follow the flow je. Untuk gunakan mail merge, kita kena masukkan data macam contoh kat bawah ni.



5. Lepas dah masukkan semua data2 yang diperlukan. Klik OK kemudian dia akan tunjuk step seterusnya seperti bawah ni. Pastikan korang save data yg korang dah masukkan tu!


6. Kemudian klik next step yang ada di hujung bawah words yang kita buat tadi. Pastikan korang klik next step bila step sebelum ni dah selesai.



7. Selepas tu, korang kena masukkan semula data yang korang dah save td menggunakan insert merge field macam kat bawah ni. pastikan klik dekat tempat yang korang nak. 



8. Bila dah selesai korang masukkan semua jenis benda yang diperlukan yang ada dalam data tu, jangan lupa preview untuk pastikan semua data ada dalam dokumen tu.



9. Bila dah pastikan semua data2 tu ada, boleh la klik finish dan save. Save je banyak2 kali untuk elakkan diri dr menyesal nanti.



10. Last step. buka semula words yang kita dah save tu. pastikan dalam 1 dokumen kita boleh dapat banyak benda tanpa perlu kopi & pasta (copy paste). 





Alhamdulillah selesai jugak tutorial ni. walaupun tak menarik, harap dapat membantu semua yang masih keliru @ ragu2 nak buat sijil ke surat ke tapi nak jimat masa. 

Semangat sgt harini. btw kalau ada rezeki kita tulis lagi. Terima kasih daun keladi.

What to Eat?

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan selamat petang! #Petang ke? tak kisah lah. Yang penting semua happy..

Bak kata orang, Sharing is caring. Harini aku nak share salah satu tempat fav food.



The Manhattan Fish Market

Tajuk entry nak best je. Hahaha. Semangat nak share makanan yang sedap2 ni. #hehehehe


Jeng jeng jeng....

Mempersembahkan faberet food yang pertama...

Senarai makanan yang aku pernah try kat sana. Tempat yang paling hampir and ada MFM ni kat Wangsa Walk.

1.  Ice lemon tea
2.  Gummy Bear
3.  Cream of Mushroom
4.  Chippy Chips
5.  Mac & Cheese
6.  Shrimp aglio Olio
7.  Scallop Americana
8.  Fish n’ Chip
9.  Mediterranean Baked Fish






selfie with le' bestfriends! #8yearsandstillcounting




Kepada sesiapa yang tak allergic seafood ke, mengidam ke, teringin ke and apa2 jelah. Boleh la try datang makan kat sini. Food review utk MFM ni aku bagi 7/10 bintang. #hahahaha macamlah pandai sgt nak bg food review.



Oklah, Penat sudah merapu. Kalau ada rezeki, aku post lagi...


Welcome to the club

By : Hazwani Rahim
Assalamualaikum dan Selamat datang! :)

Masih digelar sbg budak walaupun tahun ni dah boleh start mengundi. Nama diberi Hazwani Rahim. Datang dari keluarga yang ramai, anak second last dr 7 beradik.
Sekolah terakhir sblm bergelar student Universiti yang betul2 terletak di depan MRR2. SMK Wangsa Melawati. 7 tahun bergelar pelajar sekolah, sikit pun tak rasa rugi walaupun kawan2 lain semua dah masuk U awal2 lagi. 

gambar zaman form 5

Dah pernah try 3 orentasi di U yg berbeza tp dekat U ni je yang melekat. #in sya Allah.
Walaupun baru sebulan dekat sini, Rasa macam dah lama je belajar kat sini. 
Dapat kos ISMP Bimbingan dan Kaunseling.

Buah hati pengarang jantungku

Pengarang jantung hati, Memang setakat ni tiada penambahan yang baru sebab takde lagi orang lain yang kahwin dalam familyku. 
Kakak & Adik

Disebabkan aku lahir dari keluarga yang besar, adik-beradik semua muka tak sama + kaler kulit pun berbeza. #hahahaha

so kepada sesiapa yang kenal aku, kalau jumpa tengah jalan ke kat mana2 je lah, jangan tersilap membezakan antara abang kandung dan abang luar kandung. Nak post gambar family tapi tak ingat letak celah mana entah gambar2 yang latest. #aku belanja korang gambar aku jelah. hahahahaha



 Gambar zaman batu #hahahaha perubahan ketara.


Hobi, memang dah addicted dengan gambar2 scenery yang cantik2. Walaupun tak sekreatif mana, kalau guna kamera semua jadi cantik. Kalau scenery, tak perlu edit bagai sebab memang bumi Allah SWT ni cantik sangat2. Alhamdulillah...



Sharing is caring, caring is helping, helping is counsellor

But


I’m on my way to be that kind of person. So setiap manusia ada hati & perasaan. Kalau aku kata tak suka, maknanya memang aku tak suka la. Bila time aku diam tu maknanya aku memang malas ambik tau sebab orang2 dekat kawasan tu memang tak boleh diajar, nak bg pendapat pun rasa tak syok. Best of best la katakan. Kalau terasa ke apa ke bagitau straight kat aku, tak payah guna orang ke 2 ke 3 ke 4 ke 100 ke. Kalau aku tau aku salah, aku minta maaf terus. Tak perlu nak hipokrit tunjuk kata diri kita ni baik bagus perfect semua. Hidup kat dunia ni sementara je, so tak perlu hipokrit nak jaga hati orang lain kalau hati sendiri pun tak terjaga.
Belajar dari kesilapan, kalau dulu aku seorang hipokrit tegar. #bukan penghisap rokok je ada tegar. 


Kini, aku sudah berpijak di bumi yang nyata. Ada orang mungkin suka berkawan dengan kita dan sebaliknya. So kepada sesiapa yang bertahan bersahabat dengan manusia yang banyak kekurangan dan sentiasa melakukan dosa macam aku ni, beribu-ribu TAHNIAH aku ucapkan.

Susah senang hidup aku ni, Allah SWT yang tentukan.




Penat sudaa bercoretan di sini. Izinkan hamba mengundurkan diri, In syaa Allah ada rezeki, kita post lagi! 


- Copyright © Lukisan Jiwa Ragaku - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -