Popular Post

Perancangan Tahunan Bimbingan dan Kaunseling

By : Hazwani Rahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya nak cakap saya sangat-sangat gembira sebab dapat buat benda ni. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni takda apa pun. Sebabnya dia tak kisah pun tapi sebagai bakal guru kaunseling, saya nak sangat-sangat share perancangan tahunan sebab dengan adanya benda ni, orang tak akan kata cikgu kaunseling takda kerja bila di sekolah lagi dah.
Percaya atau tak, dugaan guru kaunseling sangat besar kerana beberapa isu yang tak dapat nak dikongsikan. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa kita mendidik ni perlukan keikhlasan dan menerima tanpa syarat. Oleh sebab tu, saya nak share perancangan tahunan untuk bakal guru kaunselor. Selamat membaca :)

klik link dibawah untuk mendapat contoh yang full.

https://drive.google.com/file/d/0B25LprsLXezvOVV4dng5bkJOckE/view?usp=sharing

Apa itu Kaunseling?

By : Hazwani Rahim
  • Apa itu Kaunseling?

  • Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.
  • Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-
  • Pembangunan
  • Pencegahan
  • Pemulihan

OBJEKTIF Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
  • Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  • Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
  • Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
  • Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
  • Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
  • Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
  • Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
TEMPAT Sesi Dijalankan

Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.

CIRI Kaunselor

Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang:-
  1. Sedia mendengar semua persoalan anda.
  2. Menerima anda tanpa syarat.
  3. Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.
  4. Menghormati anda sebagai individu.
  5. Sedia berjumpa anda bila-bila masa.
BAGAIMANA Perkhidmatan ini Dijalankan

Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.
Kaunseling Individu   : pertemuan anda dengan kaunselor anda
Kaunselor Kelompok  : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.

Contoh journal refleksi makmal kaunseling

By : Hazwani Rahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Lama rasanya tak update blog ni. Mungkin sebab agak busy jadi blog ni pun dah berhabuk. Untuk bakal kaunselor, kita mesti selalunya mengalami kerumitan untuk siapkan laporan atau refleksi selepas selesai makmal. Jadi disini saya nak share contoh refleksi. 

CONTOH REFLEKSI

Tarikh :  12 Disember 2015                
Tempat : Makmal Kaunseling
Sesi : 3

Isu Yang Dinyatakan Dalam Sesi
Masalah komunikasi didalam kerja kumpulan dan lebih suka berkomunikasi dengan individu. Kesian dengan rakan sekelas yang sering dibuli. Kurang senang dengan individu yang suka mengarah tetapi tidak mahu menjalankan tugas. Agak tekanan sebab sering ditanya mengenai cuti dan tugasan terlampau banyak. Tidak mampu mengurus masa dengan baik. Sikap terbuka yang menyebabkan orang lain tidak selesa. Salah faham dengan rakan sekelas kerana gurauan yang agak kasar.

Kemahiran Asas Yang Digunakan
Kemahiran membina hubungan, penstrukturan, membuat interpretasi, kemahiran berkomunikasi, mendengar, meneroka, dorongan minima, kemahiran menyoal, mendapatkan penjelasan, merumus, kemahiran memberi maklumat, kemahiran menamatan sesi.

Kemahiran Asas Yang Tidak Digunakan Dan Perlu Digunakan Ketika Sesi Dijalankan
Kemahiran memimpin, kemahiran empati, membuat refleksi, membuat konfrontasi, membuat parafrasa, pemfokusan, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengenal pasti masalah dan menentukan matlamat.

Pengalaman Sebagai Kaunselor/ Klien/ Pemerhati
Pengalaman sebagai klien pada peringkat awalnya agak kekok kerana saya tidak pernah berjumpa dengan kaunselor. Saya merasa agak tidak selesa untuk berkongsi masalah kerana berkaitan isu kerahsiaan. Semasa disekolah, kaunselor disana berbeza dengan kaunselor disini. Perbezaan dalam aspek kepercayaan. Kaunselor menerangkan tentang etika kerahsiaan kepada saya, dan saya mula memahami tentang perkara tersebut. Oleh itu, saya mula berkongsi masalah atau isu sebagai klien.

Penambahbaikan
Kaunselor perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran asas yang lebih banyak. Kaunselor juga perlu mempunyai kemahiran memimpin supaya klien dapat menentukan matlamat didalam sesi.

Kekuatan Kaunselor
Kaunselor merupakan seorang yang melakukan dorongan minima yang maksimum. Dengan kemahiran tersebut, klien merasa bersemangat untuk berkongsi cerita dan masalah yang dihadapinya. Kaunselor juga mampu menggalakkan klien bercakap. Kaunselor tidak menghadapi kesenyapan didalam sesi.

Kelemahan Kaunselor
Kaunselor tidak mampu memimpin klien ke arah matlamat utama. Ditambah, kaunselor juga tidak mampu fokus terhadap permasalahan utama klien dan membantu klien celik akal serta menentukan matlamatnya.

Refleksi Diri

Dalam proses pembelajaran, masih terdapat banyak masalah didalam sesi. Saya juga perlu menguasai kemahiran asas kaunseling supaya sesi dapat berjalan dengan lancar. Segala kekurangan daripada diri saya sendiri perlu saya elakkan. Hal ini kerana mungkin disebabkan segala kekurangan itu akan membantutkan sesi saya. Sebagai bakal kaunselor, pengalaman saya sebagai klien mengajar saya bahawa saya perlu bersabar menghadapi klien yang pelbagai ragam. Saya juga tidak boleh memilih klien dan perlu menjalankan sesi tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan jantina. Saya juga perlu menanamkan sifat ketulenan dalam diri saya supaya klien boleh mempercayainya dan sesi dapat dijalankan. Bakal kaunselor perlu belajar dan berlatih supaya berjaya mencapai tahap kesempurnaan. Banyak diantara individu diluar percaya bahawa kaunselor merupakan seorang insan yang sempurna dan tidak pernah mempunyai masalah. Oleh itu, kaunselor perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang cukup dan membantu klien mencapai matlamat yang diharapkannya didalam semi.


Saya berharap semoga perkongsian saya ini dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Audacity - Test.. test.. hello.. hello dengar tak?

By : Hazwani Rahim
Haaa Assalamualaikum dan selamat petang semua!! 

Siapa tahu apa tu audacity? Tugasan seterusnya ni aku kena buat audacity. Mula-mula memang blurr sebab memang tak tau apa tu audacity. Lagipun minggu kena buat audacity ni aku tak join sebab ada program luar. 


Ruginya sebab tak boleh belajar benda tu sendiri dari sir. T_T
Sedihnya sebab bila nak buat tu memang blur sangat2. Nasib baik sekelas dengan roomate, so ada kelebihan jugak bila kami 1 group.



Sir bagi tugasan untuk group, 1 group ada 2 orang tapi group kami ada 3 orang. Special kan? Sebabnya dalam kelas ada nombor ganjil. #hehehehe


Tema audacity kami adalah cerita teladan. Kami pilih tajuk "Budak lelaki dengan pohon Epal".
Kami selitkan sekali dengan pengajaran. 




Video Maker on the go!

By : Hazwani Rahim
Assalamualaikum semua. Lama tak updated kan.. T_T
These past few weeks memang busy than ever. Sampai assignment MTE pun tergendala. Banyak projek group nak kena submit bagai. By the way, tajuk post macam gempak kan. #hehehe 


Geng kerja buat last minit. tetapi walau apa pun, ni video yang dibuat penuh keikhlasan dan kesabaran woo. Kalau tak sabar, memang tak siap la jawabnya. Tajuk tugasan berdasarkan course masing-masing. Disebabkan aku je limited edition, so tajuk video aku agak unik kalau nak dibanding dengan classmate lain. Sir pesan suruh guna windows video maker. Senang je nak buat even aku ni noob and newbie. Tetapi a lot of thanks dekat roommate kesayangan and kesayangan jiran blok sebelah sbb banyak bagi idea dan pendapat untuk aku siapkan tugasan ni.

#alhamdulillah sempat siap. #maaf sir sebab lewat.




Power yang betul2 ada point! = POWERPOINT Microsoft Office 2007

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan salam malam jumaat!
Seperti biasa, selalunya kalau updated blog mesti sebab kena post assignment. #hehehe
Minggu ni aku kena buat powerpoint + presentation sekali! #OMG!!
Nasib baik harini dapat mula awal untuk siapkan assignment MTE ni. #stress sekejap.


Ramai orang tak tau kelebihan yang ada dekat powerpoint ni yang menyebabkan dia betul2 power!
Minggu ni tajuk yang bakal dipersembahkan adalah 

"INI KISAH SAYA"

Minima 10 pageeeeeee slide. #pergh! Thorbaik der!
Apa yang boleh dishare pasal kisah diri aku? 
Rasa macam tak menarik je, tapi walauapapun, Alhamdulillah aku siap dah!


So harini aku nak share info pasal apa yang ada dalam powerpoint yang sebelum ni aku sendiri pun tak tau.


STEP 1

Pastikan korang kenal dengan semua jenis slide yang ada dekat dalam powerpoint tu. Kalau aku punya ni guna powerpoint 2007. Tapi sekarang dah maju, ada 2010 la, 2013 la. So tgk la korang punya version yang mana.



STEP 2

Then korang boleh pilih themes yang ada dekat dalam powerpoint tu. Semakin latest version powerpoint korang, semakin banyak themes korang. 


STEP 3 

Untuk transitions pulak, korang boleh pilih yang jenis macam mana korang nak bila nak buat slide show. Macam2 jenis ada, Dr kecik ke besar, yang nampak lepas tu hilang, turun naik semua ada.



STEP 4

Contoh macam aku punya bawah ni, aku dah selesai pilih themes dan aku ubah background aku. Semua ada dekat themes tu. Korang just pilih themes then pergi dekat background style, lepastu klik dekat format background. Kat situ korang boleh ubah la apa2 yang nak diubah pasal background slide show korang.




STEP 5

Step yang ni pulak cara nak letak video. Yang belah atas tu cara nak masukkan video. Pastikan korang letak video jenis wmv. sebab video jenis ni je yang boleh play dengan mudah bila buat presentation guna powerpoint. Kalau video korang jenis lain, try la convert online dr apa2 jenis kepada wmv. Selalunya aku guna laman web yang NI. Mudah dan jimat masa. korang boleh la try.



Kalau yang ni pulak, cara2 nak ubah settings video. Macam mana korang nak dia di display or whatsoever la. Semuanya ada di hujung jari.



STEP 6

Okay, untuk last step ni. Aku nak ajar cara nak buat animations. Tak menarik la kalau slide show korang tepu je. Confirm orang lain boring gilaaa. So lebih baik kalau korang rajin sikit dgn letakkan animation yang bergerak2 tu. Tak kisah la dalam tulisan ke gambar ke. Jangan stress2 sebab orang yang buta seni macam aku ni pun mampu buat. So no worries and be happy!!




Selesai sudah 6 langkah mudah nak menarikkan powerpoint korang. Simple and easy. Tapi kalau newbie macam aku ni ambik 5-6 jam jugak nak siap. Sebab otak dah tepu, apa yg sir ajar masuk dan keluar sepantas kilat! hahahaha. Oklah, Selamat mencuba ye!

Ada rezeki aku post lagi. Terima Kasih Daun Keladi....
Assalammualaikum....




Cara memasukkan data menggunakan Excel 2007

By : Hazwani Rahim
Assalammualaikum dan Selamat Malam semua.
Harini aku nak share cara2 nak masukkan data markah ke kehadiran ke apa ke untuk memudahkan diri. Lagi senang guna Excel ni. 


Disebabkan zaman dah maju, ada je perubahan excel ni. Yang paling latest sekali Excel 2013. Tapi aku masih menggunakan lappy yang kuno, so aku masih gunakan Excel 2007. Old skoll lagi syok. #hehehehe


Disebabkan nak lengkapkan tugasan minggu ke-2 MTE 3012, malam ni kena bersengkang mata siapkan sebab due date dah dekat iaitu esok. #hahahaha suka buat last minit

Soalan yg harus dijawab : 

Pelajar dikehendaki menyediakan jadual bagi memasukkan
Markah Tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi
20 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI.
Dengan menggunakan kemahiran perisian lembaran kerja kira
1) 20% dari markah kuiz
2) 30% dari markah peperiksaan pertengahan tahun
3) 50% dari markah peperiksaan akhir tahun
4) jumlah markah keseluruhan dan
5) gred dengan menggunakan fungsi tertentu yang telah dipelajari.
6) membina graf bagi menunjukkan peratus pencapaian.
Pelajar dikehendaki mengira jumlah setiap skala gred dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Peratus setiap gred juga perlu diperolehi.

Meh nak share step2 mudah untuk masukkan data

Step 1

Mula2 double click dekat SHEET yang ada kat bawah sekali tu then rename sheet1 tu kepada apa2 nama yg sesuai.
#contohnya maklumat pelajar.

Kat excel tu ada column iaitu a,b,c and 1,2,3 tu lajur.

Masukkan dekat A1 - BIL, B1 - nama dan C1 - no kad pengenalan.



Step 2

Kalau masa masukkan no kad pengenalan tu ada masalah, contohnya dia bertukar jadi perpuluhan ke apa ke. Try cara kat bawah ni untuk hilangkan perpuluhan tu.



Step 3
  Then, untuk masukkan data kehadiran pelajar. Korang kena insert lajur diantara lajur 1 dengan 2. Cara nak insert, klik dekat lajur 2 tu then right klik kemudian tekan insert. Nanti dia akan jadi macam gambar kat bawah ni.


Step 4

 Tadaaaa... kemudian korang masukkan la apa2 yang patut. Contohnya macam gambar bawah ni. Ni contoh masukkan kehadiran pelajar.



Step 5

 Sheet seterusnya, untuk masukkan markah pulak. Mula2 korang kena copy data yang dah ada dalam sheet sebelum tu dengan masukkan "=" dalam kotak A1. Kemudia pergi dekat sheet sblm tu then klik dekat benda yang korang nak copy. Dia akan jadi macam gambar bawah ni.




Step 6


Step 7


Step 8


Step 9


Step 10


Step 11


Step 12


Step 13


Step 14



Step 15




Maafkan aku sebab huraian dalam step tak lengkap sbb dah kesuntukan masa ni. Time to sleep. Lepas ni boleh update lagi. Btw trimas sebab sudi menjengah datang ke blog hamba yang tak seberapa ni. Kesian roommate tunggu turn nak guna internet. Masa untuk pass dekat dia pulak.

Bye, Assalammualaikum dan selamat tidur semuanya... 
Ada rezeki, kita post lagi.

- Copyright © Lukisan Jiwa Ragaku - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -